Thursday 8 December 2011

Tips Berjaya dalam Perniagaan (Part 1)

Chenta Scarf World 
Maybe update pada
16-12-2011
atau
23-12-2011
Jangan ketinggalan!!
TUNGGU tau sebab akan bagi FREE pada sesiapa yang bertuah
^____^

Ada lagi yang available, jom shopping di


______________________________________
TIPS BUSINESS PART 1
(Mengikut Pengalaman Saya)
Ok, bercakap tentang business tudung ni, ramai gilerlah yang jual tudung ni,kan?
Baik student, bekerjaya, fulltime berbusiness pun ada,
Persoalannya, best sangat ke berniaga ni, persaingan pun ramai,untung ke?

Mungkin ini adalah jawapan pada persoalan tersebut:

1. Minat
Saya suka berniaga sebab saya sangat-sangat minat dalam kerjaya ni. Tak tahulah akan jadi full time atau part time nanti, sebab sekarang masih lagi belajar. Tapi, minat tu datang lambat, tak diasuh masa kecil, dan ia datang secara tiba-tiba, huuu..tiba-tiba rasa macam suka dan jatuh cinta nak berniaga time jadi budak 2nd year lagi di UKM. Sangat indah bila berniaga, kita yang tidak berpengalaman akan memperoleh seribu satu pengalaman sangat berharga dan mematangkan kita kerana nak jadi senang bukan mudah, kena usaha usaha dan usaha. Satu saya nak pesan, kalau minat teruskan, jangan berhenti di tengah jalan tau. Memang diakui sangat sukar mencari pelanggan, tapi kalau minat, segalanya akan jadi mudah. Percayalah rezeki Allah. Dan untuk lebih bermotivasi, rajin-rajinlah baca buku-buku kejayaan orang lain, semua orang yang berjaya tu, diaorang akan mengharungi seribu suka duka dahulu, barulah nak kecapi kejayaan. Kesimpulannya, jika anda rasa anda berpotensi menjadi seorang usahawan, teruskan niat anda dengan mempelajari daripada kesilapan lepas dan harus bangkit memulakan perjuangan sehingga ke garisan penamat. Chaiyok!!

2. Kreatif
Ok. Seterusnya nak berjaya dalam business tudung ni (dan business lain juga) adalah kreatif. Kreativiti inilah yang membezakan sesebuah business si A dan si B. Walaupun awak semua kata banyak giler persaingan, tetapi, persaingan yang sihat itulah yang menyebabkan para usahawan tudung ni berusaha menjadi kreatif untuk menarik perhatian pelanggan supaya kekal membeli dengan dia. Contohnya, hari ni kita tengok ramai sangat yang beli tudung design A kat kedai A' ni, jadi awak pun nak jual benda sama dengan kedai A' tu jual dengan harapan pulangan tersebut sama dengan untung yang si A' tu dapat. Tapi, apa awak akan rasa? KECEWA. Sebab, selain daripada kedai A' tu, dah ramai giler dah yang fikir macam awak, nak jual macam kedai A' tu, so, bertimbunlah design macam tu kat online shop, jadi awak akan tanggung kerugian, kalau sikit ok lagi, kalau banyak rugi, nangislah jugak,kan? huu..tapi, jangan cepat putus asa, kesilapan sebegitu banyak memtangkan kita supaya lebih berhati-hati memilih produk, design serta paling penting menjaga kualiti setiap design tu. Tak semestinya kedai A' tu terbaik dalam kalangan terbaik, awak mesti kaji dari sudut positif, dan dari segala kesilapan tersebut akan melahirkan seseorang itu sebagai usahawan yang kreatif. Iaitu, mereka yang mempelajari dari kesilapan akan mematangkan seseorang itu (kiraan umur diabaikan). Jika anda rasa anda ada design UNIK&BERBEZA dari yang lain, jangan simpan stok tu lama-lama, keyakinan perlu ada dalam memperkenalkan design-design yang unik serta kreatif untuk lebih berjaya dan mengukuhkan nama perniagaan anda dalam kalangan pelanggan. Be positif. 

3. Berani
Tip yang ketiga adalah BERANI. Maksud berani di sini, awak berani mengeluarkan modal. Modal dalam perniagaan adalah tersangat penting untuk kejayaan sesebuah perniagaan. Saya bagi contoh modal yang terbaik sekiranya awak baru nak start business (khususnya student macam saya). Pertamanya, awak jangan pula TERLALU BERANI, kerana ia sangat BERISIKO BESAR bahawa awak akan rugi besar. Maksud saya di sini berani hadir bersama akal yang bijak(berani berprinsip), haha..betul! Berani pada tahap sederhana penting bagi ushawan yang baru nak kenal 'apa itu business'. Pada langkah pertama, awak target apa design tudung nak jual, setelah kenal pasti produk tersebut itulah yang awak nak jual, dan awak nak beli, dan 'duit' awak nak beli tu, yang dipanggil 'modal', awak semua tolonglah JANGAN BELI MENGGUNAKAN MODAL YANG BANYAK sekaligus!! (Wahh..macam amaran lak..huu). Tapi, betul, jangan beli modal yang banyak walaupun awak yakin design tu design penduduk Malaysia suka pakai, tapi JANGAN!! Awak mesti terlebih dahulu mengeluarkan modal sedikit sahaja, dan daripada modal yang sedikit itulah baru awak rolling-rolling (pusing-pusing modal), sampailah tahap untung yang awak peroleh tu, boleh wat modal dalam kualiti yang banyak..time tulah, baru boleh beli banyak-banyak (sesuka hati pun boleh) sebab awak dah ada pelanggan, tak kira pelanggan lama dan baru, serta time tu juga syarikat awak dah ada jenama sendiri. Fikirlah dari sudut berani berprinsip ye=D.

Ok, setakat ni dulu tips business dari saya. Ingat, apa yang saya katakan itu adalah pengalaman dari saya sendiri, saya harap dari kesilapan serta nasihat dari saya itu amat membantu anda semua, bakal-bakal usahawan dan usahawan-usahawan baru.

Wassalam.


5 comments:

  1. DONE FOLLOWING U..follow me back at kelikekelik.blogspot

    ReplyDelete
  2. hm, tips yg menarik.. hehe

    ReplyDelete
  3. Halo, saya Helena Julio dari Ecuador, saya ingin berbincang dengan baik mengenai Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian mengenai topik ini. Perkhidmatan Pembiayaan FundingLe_Meridian memberi saya sokongan kewangan ketika semua bank di kota saya menolak permintaan saya untuk memberi saya pinjaman sebesar 500,000.00 USD, Saya cuba semua yang saya dapat untuk mendapatkan pinjaman dari bank saya di sini di Ecuador tetapi mereka semua menolak saya kerana kredit saya rendah tetapi dengan rahmat tuhan saya mengetahui tentang Le_Meridian jadi saya memutuskan untuk mencuba untuk memohon pinjaman. dengan Insyaallah mereka memberi saya pinjaman sebesar 500,000.00 USD permintaan pinjaman yang bank saya di sini di Ecuador telah memalingkan saya kerana, ia benar-benar hebat melakukan perniagaan dengan mereka dan perniagaan saya berjalan lancar sekarang. Berikut ialah Penyertaan E-mel Le_Meridian Pelaburan / WhatsApp Hubungi jika anda ingin memohon pinjaman dari mereka.Email:lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.comWhatsApp Hubungi: + 1-989-394-3740.

    ReplyDelete