Friday, 9 December 2011

Thursday, 8 December 2011

Tips Berjaya dalam Perniagaan (Part 1)

Chenta Scarf World 
Maybe update pada
16-12-2011
atau
23-12-2011
Jangan ketinggalan!!
TUNGGU tau sebab akan bagi FREE pada sesiapa yang bertuah
^____^

Ada lagi yang available, jom shopping di


______________________________________
TIPS BUSINESS PART 1
(Mengikut Pengalaman Saya)
Ok, bercakap tentang business tudung ni, ramai gilerlah yang jual tudung ni,kan?
Baik student, bekerjaya, fulltime berbusiness pun ada,
Persoalannya, best sangat ke berniaga ni, persaingan pun ramai,untung ke?

Mungkin ini adalah jawapan pada persoalan tersebut:

1. Minat
Saya suka berniaga sebab saya sangat-sangat minat dalam kerjaya ni. Tak tahulah akan jadi full time atau part time nanti, sebab sekarang masih lagi belajar. Tapi, minat tu datang lambat, tak diasuh masa kecil, dan ia datang secara tiba-tiba, huuu..tiba-tiba rasa macam suka dan jatuh cinta nak berniaga time jadi budak 2nd year lagi di UKM. Sangat indah bila berniaga, kita yang tidak berpengalaman akan memperoleh seribu satu pengalaman sangat berharga dan mematangkan kita kerana nak jadi senang bukan mudah, kena usaha usaha dan usaha. Satu saya nak pesan, kalau minat teruskan, jangan berhenti di tengah jalan tau. Memang diakui sangat sukar mencari pelanggan, tapi kalau minat, segalanya akan jadi mudah. Percayalah rezeki Allah. Dan untuk lebih bermotivasi, rajin-rajinlah baca buku-buku kejayaan orang lain, semua orang yang berjaya tu, diaorang akan mengharungi seribu suka duka dahulu, barulah nak kecapi kejayaan. Kesimpulannya, jika anda rasa anda berpotensi menjadi seorang usahawan, teruskan niat anda dengan mempelajari daripada kesilapan lepas dan harus bangkit memulakan perjuangan sehingga ke garisan penamat. Chaiyok!!

2. Kreatif
Ok. Seterusnya nak berjaya dalam business tudung ni (dan business lain juga) adalah kreatif. Kreativiti inilah yang membezakan sesebuah business si A dan si B. Walaupun awak semua kata banyak giler persaingan, tetapi, persaingan yang sihat itulah yang menyebabkan para usahawan tudung ni berusaha menjadi kreatif untuk menarik perhatian pelanggan supaya kekal membeli dengan dia. Contohnya, hari ni kita tengok ramai sangat yang beli tudung design A kat kedai A' ni, jadi awak pun nak jual benda sama dengan kedai A' tu jual dengan harapan pulangan tersebut sama dengan untung yang si A' tu dapat. Tapi, apa awak akan rasa? KECEWA. Sebab, selain daripada kedai A' tu, dah ramai giler dah yang fikir macam awak, nak jual macam kedai A' tu, so, bertimbunlah design macam tu kat online shop, jadi awak akan tanggung kerugian, kalau sikit ok lagi, kalau banyak rugi, nangislah jugak,kan? huu..tapi, jangan cepat putus asa, kesilapan sebegitu banyak memtangkan kita supaya lebih berhati-hati memilih produk, design serta paling penting menjaga kualiti setiap design tu. Tak semestinya kedai A' tu terbaik dalam kalangan terbaik, awak mesti kaji dari sudut positif, dan dari segala kesilapan tersebut akan melahirkan seseorang itu sebagai usahawan yang kreatif. Iaitu, mereka yang mempelajari dari kesilapan akan mematangkan seseorang itu (kiraan umur diabaikan). Jika anda rasa anda ada design UNIK&BERBEZA dari yang lain, jangan simpan stok tu lama-lama, keyakinan perlu ada dalam memperkenalkan design-design yang unik serta kreatif untuk lebih berjaya dan mengukuhkan nama perniagaan anda dalam kalangan pelanggan. Be positif. 

3. Berani
Tip yang ketiga adalah BERANI. Maksud berani di sini, awak berani mengeluarkan modal. Modal dalam perniagaan adalah tersangat penting untuk kejayaan sesebuah perniagaan. Saya bagi contoh modal yang terbaik sekiranya awak baru nak start business (khususnya student macam saya). Pertamanya, awak jangan pula TERLALU BERANI, kerana ia sangat BERISIKO BESAR bahawa awak akan rugi besar. Maksud saya di sini berani hadir bersama akal yang bijak(berani berprinsip), haha..betul! Berani pada tahap sederhana penting bagi ushawan yang baru nak kenal 'apa itu business'. Pada langkah pertama, awak target apa design tudung nak jual, setelah kenal pasti produk tersebut itulah yang awak nak jual, dan awak nak beli, dan 'duit' awak nak beli tu, yang dipanggil 'modal', awak semua tolonglah JANGAN BELI MENGGUNAKAN MODAL YANG BANYAK sekaligus!! (Wahh..macam amaran lak..huu). Tapi, betul, jangan beli modal yang banyak walaupun awak yakin design tu design penduduk Malaysia suka pakai, tapi JANGAN!! Awak mesti terlebih dahulu mengeluarkan modal sedikit sahaja, dan daripada modal yang sedikit itulah baru awak rolling-rolling (pusing-pusing modal), sampailah tahap untung yang awak peroleh tu, boleh wat modal dalam kualiti yang banyak..time tulah, baru boleh beli banyak-banyak (sesuka hati pun boleh) sebab awak dah ada pelanggan, tak kira pelanggan lama dan baru, serta time tu juga syarikat awak dah ada jenama sendiri. Fikirlah dari sudut berani berprinsip ye=D.

Ok, setakat ni dulu tips business dari saya. Ingat, apa yang saya katakan itu adalah pengalaman dari saya sendiri, saya harap dari kesilapan serta nasihat dari saya itu amat membantu anda semua, bakal-bakal usahawan dan usahawan-usahawan baru.

Wassalam.


Sharing Is Power!! Dapat Inner Neck FREE bermula sekarang!!

Update 8-12-2011

 JOM SHARE!! Hanya SHARE di FanPage CSW sahaja!

1. LIKE FanPage CSW 

2. Klik SHARE pada Update 8-12-2011 (Update terbaru)

3. Anda berpeluang memenangi Inner Neck (2 orang yang bertuah-dipilih secara random) DAN Voucher sebanyak RM1.00 (Sila cek Voucher di BLOG Rasmi CSW)

4. Lain-lain yang SHARE, anda tidak tangan kosong, anda akan tersenarai menerima Voucher RM1.00.

5. Bagaimana menggunakan Voucher d'CSW? Penerima pertama yang berjaya mengumpul voucher CSW sebanyak RM50.00(hasil share, pembelian,dll), time tu nanti nadia bagitau.suprise!=D


dan untuk pembelian di 



P/S: Sesiapa SHARE melalui Blog ini, awak kena letak link FB awak di BLOG ini, sebab tak ada dipaparkan link FB sesiapa yang SHARE. Tapi, yang pasti, WAJIB SHARE hanya di FANPAGE CSW, okeii..^^

Next Update: Ada lagi FREE!! jangan ketinggalan!


Wednesday, 7 December 2011

Chenta Scarf World Update Inner Neck Esok!!

Dan anda berpeluang untuk dapat FREE inner neck 
sekiranya
 anda SHARE kat FB/Blog anda masing-masing
UPDATE TERBARU Chenta Scarf World~

Nak tahu?
Tggu esok & sila SHARE status kat blog nadiah esok berkaitan inner neck ni
ke FB/Blog anda!!

Saja nak tunjuk gambar Diana Amir pakai Inner Neck=)

::Klik LOVE untuk ke blog Chenta Scarf World::


Monday, 5 December 2011

Win a BlackBerry Today!!

Sapa tak suka BalckBerry FREE?
angkat tangan!!! Eiiii...tipulalah tu..=D

Kalau awak rajin, awak akan dapat BlackBerry free, saya pun dalam proses nak dapatkan BlackBerry ni, nak beli pun, adoii..mahal sangat(T__T)

Ok, kembali pada topik asal.
Contest ni bermula pada 17-11.2011 - 31.12.2011

Tarikh-tarikh untuk dia bagi BlackBeery percuma ni pada:

1) 24.11.2011
2) 1.12.2011
3) 8.12.2011
4) 15.12.2011
5) 22.12.2011
6) 29.12.2011

Jadi, apa tunggu lagi? berebut-rebutlah menjadi antara mereka yang bertuah.
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.
Gudluck!!


Cara untuk mencantikkan kereta anda


Bagi lelaki, kereta ibarat girlfriend, kalau dia ada girlfriend, kereta dia sbg girlfriend no.1,
 haha..awak sebagai girlfriend no.2
mesti tak puas hati tu=D
Yelah..bagi kaum lelaki, diaorang sanggup berbelanja lebih untuk mencantikkan kereta diaorang,
tambah tu lah, tambah ni lah, bla bla bla...
bab belanja awek lak, selalu takda duit..huu..
bahaya jenis gini=p

Okeh,
bagi lelaki-lelaki (dan juga perempuan yang suka kereta dia CANTIK
 & yang duk berdekatan dengan sunway pyramid,
awak boleh dapat less 83% untuk cantikkan kereta awak.

Haa..tak cayalah tu=D
kalau tak caya
klik sini



Maxis Scholarship for Excellence - Apply Now!!

Awak student PhD/Master/Degree 
yang belum dapat lagi mana-mana scholarship/loan?

Maxis yang bertemakan 'Maxis Scholarship for Excellence' boleh di apply mulai
4 November 2011 - 16 December 2011

Jom ramai-ramai apply biasiswa Maxis ni, berbaloi-baloi!!hee..

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila klik link di bawah.

Gudluck!!

Thursday, 1 December 2011

OMBAK RINDU
Sapa dah tengok filem Ombak Rindu? Berapa star nak bagi?
 Saya bagi 5 STAR
sebab filem ni filem kedua buat saya nangis..tapi, kedua-dua filem ni tak boleh lawan kesedihan saya semasa tengok Drama 
'Pintu Taubat' by Sheila Rusly... memang tersangat-sangat sedih drama tu;(, 
tiga kali saya tengok, tiga kali tu jugaklah air mata keluar, rugi sesapa tak tengok drama ni.

Btw,
secara keseluruhannya 
 filem Ombak Rindu bagi saya filem yang bermain dengan emosi bagi ketiga-tiga watak, iaitu watak Haris, Izzah dan Mila. 
Pada pandangan saya, Mila lakonan Lisa Surihani tidaklah sejahat seperti dalam novel. Mungkin saya membayangkan Mila jahat sangat dalam novel kot sampai mengharap sangat Mila dalam lakonan pun jahat cam dalam novel,hee.. 

Ok, saya nak senaraikan part yang mampu membuatkan anda menangis :

1. Part pak cik Izzah jual Izzah kat kelab malam
2. Part Izzah merayu bawa di keluar dari rumah pelacuran
3. Part Haris berkasar dengan Izzah sebab ingat Izzah mengandung, tapi rupa2nya tak...
(part ni sangat sedih=( 
4. Part Haris kahwin dengan Mila
5. Part Sofea (mama Haris halau Izzah keluar dari rumah)
6. Part Haris cakap dia takkan ceraikan Izzah, dia nak gantung Izzah sebab dia ingat Izzah curang dengan dia
(yang ni pun part sedih sangat)

dan
banyak lagi part-part yang menyentuh emosi

rugi sesapa tak tengok cerita ni
jadi apa lagi
pergilah ke pawagam berdekatan dengan anda
ATAU
tunggu kat Astro First
ATAU
kat Youtube

Sebagai penutup, saya nak share gambar pelakon utama filem Ombak Rindu ni.
Bye wif Silaturrahim
^___^



Sumber: Google









1-12-2011

Terbaik Disember 2011

Hello my friends!
 err..ada kawan blogger ke saya ni? kesian =,(
Yeah!!
1-12-2011 dengan rasminya blog saya http://nurnadiahzakaria.blogspot.com/ dilancarkan. 
Haha..gelaks terguling-guling pula bila sebut perkataan 'dilancarkan'=D, 
terpikir jugak perkataan yang tepat untuk perkataan 'dilancarkan'

......mungkin.....

A. Blog saya dibuka
B. Blog saya diterbitkan
C. Blog saya dikeluarkan
D. Blog saya dicipta
E. Blog saya bla..bla..bla..

.............................

Teruk jugak bahasa Melayu saya, bahasa Inggeris pun lagilah hampeh,hehe.. .
Aishh...lupakan.

____________________________________
Ok, kembali pada topik utama, kenapa saya kata Disember ni terbaik?
Besday saya?
Besday pak cik saya?
Anniversary?=D (no..no)
Saya dapat duit?
Duit saya habis?
hehe...bila nak habis bebel ni pun tak tahu

Banyak sebab. Nak tahu? Jom sambung baca.
1. Filem Ombak Rindu dah tayang. 
2. Business saya berjalan lancar
klik sini : http://chentascarfworld.blogspot.com
3. Kerja 'sekolah' saya makin nak siap
4. Lagi sebulan, umur saya akan bertambah - awet muda kot,haha
5. Saya nak cari blog personal/online shop/etc untuk diletakkan ke dalam blog saya secara PERCUMA!!
Jom..walaupun masih baru, saya suka berblog n blog walking...hee;))
boleh hantar banner/link awak-awak kat sini: blogger.nadiah@gmail.com
6. Jom follow n saya follow balik n jangan lupa klik iklan saya, saya klik iklan awak,
ok ke tak ok?tapi, kena bagitau lah, kalau tak, tak tahu,k?=D=D


Sebelum berundur, saya nak wat teka-teki, boleh?
MOTIFF??
Sebab saya sejak kecil-kecil lagi suka main teka-teki,
juz kidding~hoho~
TEKA-TEKI 1
Di manakah lokasi saya berada di dalam gambar di atas?
Elehh..senang je,kan?=D
Pemenang bertuah jawab dengan betul, saya bagi awak hadiah.
(Hadiah dirahsiakan)
K..tata wif silaturrahim
^____^