Thursday, 1 December 2011

OMBAK RINDU
Sapa dah tengok filem Ombak Rindu? Berapa star nak bagi?
 Saya bagi 5 STAR
sebab filem ni filem kedua buat saya nangis..tapi, kedua-dua filem ni tak boleh lawan kesedihan saya semasa tengok Drama 
'Pintu Taubat' by Sheila Rusly... memang tersangat-sangat sedih drama tu;(, 
tiga kali saya tengok, tiga kali tu jugaklah air mata keluar, rugi sesapa tak tengok drama ni.

Btw,
secara keseluruhannya 
 filem Ombak Rindu bagi saya filem yang bermain dengan emosi bagi ketiga-tiga watak, iaitu watak Haris, Izzah dan Mila. 
Pada pandangan saya, Mila lakonan Lisa Surihani tidaklah sejahat seperti dalam novel. Mungkin saya membayangkan Mila jahat sangat dalam novel kot sampai mengharap sangat Mila dalam lakonan pun jahat cam dalam novel,hee.. 

Ok, saya nak senaraikan part yang mampu membuatkan anda menangis :

1. Part pak cik Izzah jual Izzah kat kelab malam
2. Part Izzah merayu bawa di keluar dari rumah pelacuran
3. Part Haris berkasar dengan Izzah sebab ingat Izzah mengandung, tapi rupa2nya tak...
(part ni sangat sedih=( 
4. Part Haris kahwin dengan Mila
5. Part Sofea (mama Haris halau Izzah keluar dari rumah)
6. Part Haris cakap dia takkan ceraikan Izzah, dia nak gantung Izzah sebab dia ingat Izzah curang dengan dia
(yang ni pun part sedih sangat)

dan
banyak lagi part-part yang menyentuh emosi

rugi sesapa tak tengok cerita ni
jadi apa lagi
pergilah ke pawagam berdekatan dengan anda
ATAU
tunggu kat Astro First
ATAU
kat Youtube

Sebagai penutup, saya nak share gambar pelakon utama filem Ombak Rindu ni.
Bye wif Silaturrahim
^___^



Sumber: Google









1-12-2011

Terbaik Disember 2011

Hello my friends!
 err..ada kawan blogger ke saya ni? kesian =,(
Yeah!!
1-12-2011 dengan rasminya blog saya http://nurnadiahzakaria.blogspot.com/ dilancarkan. 
Haha..gelaks terguling-guling pula bila sebut perkataan 'dilancarkan'=D, 
terpikir jugak perkataan yang tepat untuk perkataan 'dilancarkan'

......mungkin.....

A. Blog saya dibuka
B. Blog saya diterbitkan
C. Blog saya dikeluarkan
D. Blog saya dicipta
E. Blog saya bla..bla..bla..

.............................

Teruk jugak bahasa Melayu saya, bahasa Inggeris pun lagilah hampeh,hehe.. .
Aishh...lupakan.

____________________________________
Ok, kembali pada topik utama, kenapa saya kata Disember ni terbaik?
Besday saya?
Besday pak cik saya?
Anniversary?=D (no..no)
Saya dapat duit?
Duit saya habis?
hehe...bila nak habis bebel ni pun tak tahu

Banyak sebab. Nak tahu? Jom sambung baca.
1. Filem Ombak Rindu dah tayang. 
2. Business saya berjalan lancar
klik sini : http://chentascarfworld.blogspot.com
3. Kerja 'sekolah' saya makin nak siap
4. Lagi sebulan, umur saya akan bertambah - awet muda kot,haha
5. Saya nak cari blog personal/online shop/etc untuk diletakkan ke dalam blog saya secara PERCUMA!!
Jom..walaupun masih baru, saya suka berblog n blog walking...hee;))
boleh hantar banner/link awak-awak kat sini: blogger.nadiah@gmail.com
6. Jom follow n saya follow balik n jangan lupa klik iklan saya, saya klik iklan awak,
ok ke tak ok?tapi, kena bagitau lah, kalau tak, tak tahu,k?=D=D


Sebelum berundur, saya nak wat teka-teki, boleh?
MOTIFF??
Sebab saya sejak kecil-kecil lagi suka main teka-teki,
juz kidding~hoho~
TEKA-TEKI 1
Di manakah lokasi saya berada di dalam gambar di atas?
Elehh..senang je,kan?=D
Pemenang bertuah jawab dengan betul, saya bagi awak hadiah.
(Hadiah dirahsiakan)
K..tata wif silaturrahim
^____^